Perak Hari Ini

Perak Perlu Terus Fokus

IPOH:Pasukan Perak diminta untuk terus fokus bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua bertemu Sabah pada 21 Oktober ini di Likas.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata kejayaan Perak meraih bekalan selesa untuk ke final Piala Malaysia apabila mengalah Sabah 5-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ahad lalu perlu dijadikan pemangkin semangat untuk terus melipat gandakan usaha.

“Pasukan Perak dinasihati supaya jangan terlalu yakin, kerana perkara sama boleh berlaku di Sabah dan sebarang kemungkinan yang tidak dijangka,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Pos Sedunia di Pejabat Pos Malaysia Besar Ipoh hari ini.

Katanya sekiranya pemain terus memberi fokus kepada 90 minit baki terakhir perlawanan, Perak pastinya berpeluang buat beraksi di pentas akhir selepas 11 tahun menantikan peluang tersebut.

“kita mengharapkan tiada kecederaan daripada pemain utama yang sedang beraksi dengan pasukan Malaysia dan akan kembali kepada pasukan Perak pada 21 Oktober ini dengan stamina kecergasan sempurna,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");