Perak Hari Ini

Pertandingan Memancing Di Taman Negeri: Penganjur Diminta Tukar lokasi

KUALA KANGSAR:Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang akan menjejaskan kelestarian taman negeri.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penolakan kebenaran penganjuran pertandingan memancing di Pantai Pasir Panjang Segari oleh Majlis Perbandaran Manjung baru-baru ini.

“Surat sokongan yang dikeluarkan oleh Datuk Zainol, dan mungkin beliau tidak menyedari pertandingan itu akan dianjurkan di dalam kawasan taman negeri,” katanya kepada media pada satu sidang media hari ini.

Malah berikutan itu pihak penganjur diminta supaya menukar lokasi pertandingan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah memaklumkan kebenaran tidak dapat diberi kerana ia dalam kawasan taman negeri maka saya akan minta Datuk Zainol untuk berbincang dengan penganjur untuk menukar pertandingan ke lokasi lain.

“Kalau pun penganjur dah ambil wang penyertaan, itu perkara kedua, kita perlu ambil keputusan yang betul untuk selamatkan taman negeri, kalau penganjur enggan bayar balik yuran penyertaan boleh datang kepada saya
saya sendiri akan gantikan,” katanya.

Katanya perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah melindungi taman negeri.

Terdahulu pertandingan memancing didapati tidak sesuai dianjurkan  di Pantai Pasir Panjang Segari kerana kawasan tersebut merupakan kawasan pemeliharaan penyu dan kemungkinan akan tercemar disebabkan pengajuran program berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");