Perak Hari Ini

Pos Malaysia Alami Transformasi Besar

IPOH:Seperti saban tahun, Hari Pos Sedunia yang disambut pada 9 Oktober adalah sempena sambutan ulang tahun penubuhan Universal Postal Union (UPU) pada tahun 1874.

Seperti Perak sendiri sambutan Hari Pos Sedunia yang ke 144 tahun diadakan di Pejabat Pos Besar Ipoh di sini bertujuan memperingati dan menghargai seluruh wargakerja pos, khususnya posmen yang memberikan khidmat dengan penuh dedikasi dalam memastikan setiap surat atau bungkusan sampai kepada penerima dengan selamat.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan NGO, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang turut dihadiri Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Pejabat Negeri Perak, Hanita Izam Abdul Rahman dan Pengurus Pos Negeri, Noor Zuriha Haron Noh Rashid.

Hasnul berkata pelbagai transformasi imej korporat telah berlaku terutama berkaitan dengan kualiti perkhidmatan Pos Malaysia daripada sektor kerajaan kepada swasta.

“Wujudnya perkhidmatan seperti e-Dagang pastinya membantu Pos Malaysia, menjana pendapatan lebih 30 peratus dibantu sama denagn kekuatan logistik yang dimiliki,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Turut disampaikan anugerah Pekerja Terbaik laju, Khairul Anuar Harun, anugerah Pekerja Terbaik Mel Muhammad Shakib Haris,Anugerah Pekerja Terbaik, Niaga Karamjit Hakam Singh dan Anugerah Pekerja Terbaik Unit Sokongan diberikan kepada Leong Yen Li.

Katanya lagi, perubahan zaman hingga kini menyaksikan pelbagai perubahan terutama sistem penghantaran,penyampaian dan penyimpanan maklumat pelanggan selari dengan hasrat kerajaan meningkatkan kualiti efisien multimedia dan komunikasi negara.

 

Sementara itu beliau turut mengulas mengenai kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berhubung pakej perkhidmatan internet katanya Perak sendiri mempunyai perancangan untuk terus meningkatkan kemudahan infra dan fiber optik di semua kawasan.

“Kita sedang dalam perncangan bagi melantik beberapa syarikat untuk pembinaan infra dan dijangka sebelum akhir tahun ini ia selesai untuk lantikan beberapa kontraktor untuk penyediaan infra fiber optik,” katanya.

Katanya mengambil kira bentuk muka bumi Perak yang luas, kemudahan terhadap jaringan tersebut dijalankan secara berperingkat yang memberi fokus terhadap kawasan bandar dengan peningkatan sebanyak 90 peratus kadar kemudahan fiber optik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");