Perak Hari Ini

Proses Pemetaan Tiga Dimensi Fosil Gua Naga Mas Dijangka Mula 2019

GOPENG: Kerja-kerja pemetaan secara dua dan tiga dimensi terhadap penemuan fosil di Gua Naga Mas, di sini, dijangka dapat dilakukan pada tahun hadapan.

Pensyarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Valet Anak Bujeng berkata, ia sebagai usaha untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas serta membantu kepada kerja-kerja kajian terhadap fosil tersebut.

Jelasnya, kerja pemetaan tersebut bukan sahaja bakal melibatkan bahagian permukaannya malah, ia juga akan meliputi proses pemetaan ke dalam bahagian fosil.

Beliau yang juga pakar dalam bidang Zooarkeologi berkata, walaupun kajian harus dilakukan namun, usaha pemuliharaan fosil dan kawasan persekitarannya harus diutamakan terlebih dahulu.

“Hasi perbincangan, jelas yang kerja pemuliharaan terhadap fosil dan tapak di situ amat perlu supaya tidak berlaku sebarang kerosakkan yang lebih teruk selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Geologi, Universiti Malaya (UM), Dr Ros Fatihah Muhammad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa fosil tersebut telah pun diganggu yang berpunca daripada aktiviti vandalisme.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dipastikan sama ada ia berlaku disebabkan faktor semula jadi ataupun disebabkan manusia.

“Pada tahun 2009, semasa melakukan kajian, kami berpeluang mendekati fosil tersebut dan kami menjumpai kesan ketukan padanya,” jelasnya.

Mengulas lanjut tentang penemuan fosil tersebut, Ros berkata, hasil penemuan kajian awal, rangka tersebut berkemungkinan mirip milik haiwan spesis harimau belang ataupun harimau bintang.

Namun, katanya lagi, pihaknya lebih cenderung kepada spesis harimau belang.

“Untuk kajian yang mendatang, kita berharap dapat menemunkan umur sebenar fosil tersebut. Untuk di peringkat awal ini, kita menjangkakan ia berusia sekitar 500,000 sehingaa ke 700,000 tahun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media bersempena lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri,Tan Kar Hing, di Gua Naga Mas dekat Gunung Pua, di sini, hari ini.

Dalam sidang media tersebut kerajaan negeri mengumumkan bakal menubuhkan satu jawatankuasa, di bawah Majlis Penasihat Geopark untuk melakukan sebarang kajian terhadap fosil di Gua Naga Mas.

Jawatankuasa tersebut bakal terdiri daripada pakar-pakar arkeologi serta tenaga pengajar dan pelajar daripada USM dan UM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");