Perak Hari Ini

Pusat Akuatik Tuanku Zara Akan Dibuka Kepada Umum Esok – MBI

IPOH: Pusat Akuatik Tuanku Zara, di sini yang telah siap dinaik taraf dan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Mac lalu, akan dibuka kepada umum mulai 1 November 2018.

MBI dalam satu kenyataan di sini, hari ini, menyebut, MBI telah menyediakan sebuah kolam renang untuk golongan dewasa dan dua buah kolam untuk kanak-kanak, dengan kadar bayaran masuk masing-masing.

Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, kadar bayaran masuk RM2.00 pada hari bekerja akan dikenakan manakala, RM3.00 pula pada hujung minggu.

Untuk golongan dewasa, mereka akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.00 (hari bekerja) dan RM4.00 (hujung minggu) manakala warga asing akan dikenakan bayaran sebanyak RM8.00 pada hari bekerja dan RM10.00 ada hujung minggu.

Waktu operasi akan dibahagikan kepada tiga sesi pada hari Selasa hingga Ahad iaitu dari jam 8 pagi sehingga 11 pagi, jam 1 tengah hari sehingga 4 petang dan jam 5 petang sehingga 8 malam.

Untuk hari Jumaat, Pusat Akuatik Tuanku Zara akan beroperasi seperti biasa pada waktu pagi cuma pada sesi kedua ia akan bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.

Ia kemudiannya akan disambung waktu operasi dari jam 6 petang sehingga 9 malam.

Kolam renang akan ditutup kepada umum pada hari Isnin, hari kelepasan am dan pada mana-mana kejohanan sukan sedang berlangsung di situ.

Dalam pada itu, MBI turut menyediakan tempoh masa khas untuk golongan warga emas dan wanita yang berhajat ke Pusat Akuatik Tuanku Zara.

Pada setiap hari rabu minggu pertama setiap bulan, pada sesi pagi, ia dikhaskan untuk warga emas manakala, pada hari rabu, minggu pertama dan ketiga setiap bulan pula, MBI mengkhususkan ia untuk pengguna wanita bermula jam 5 petang sehingga 8 malam.

“Ini adalah untuk menggalakkan penglibatan kedua-dua kategori pengguna yang mungkin keberatan untuk menggunakan kemudahan kolam pada waktu umum.

“Tempoh percubaan untuk kategori ini adalah selama tiga bulan bagi menilai sejauh mana tahap penerimaan penggunaan terhadap kompleks sukan ini,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, selain daripada Pusat Akuatik Tuanku Zara, vanue sukan seperti Arena Badminton Perak, Arena Skuasy dan Arena Tenis turut akan dibuka pada hari yang sama kepada umum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");