Panasnya Hari Ini

Saya Dah Sumpah Tiga Kali – Saiful

PORT DICKSON: Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sekali lagi menegaskan kejadian kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Bekas pembantu peribadi kepada Ketua Umum PKR itu berkata, beliau sudah bersumpah tiga kali bagi mempertahankan dakwaan berkenaan.

“Saya sudah membuat laporan polis, bersumpah tiga kali, sekali di Masjid Wilayah Persekutuan, di Makkah dan di mahkamah, namun Anwar tidak pernah sekali pun bersumpah.

“Memang benar kes liwat itu berlaku,” katanya dalam ceramah kelompok pertamanya di Kampung Teluk Pelanduk di sini, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan seorang penduduk sama ada kes liwat itu benar-benar berlaku atau sekadar fitnah.

Mengulas pengampunan penuh yang diterima calon Pakatan Harapan (PH) itu, Mohd Saiful berkata hanya orang yang pernah melakukan kesalahan diberikan pengampunan.

“…saya perlu menghalang dia ke tampuk kuasa…kita hanya mahukan kebenaran…,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");