Membawang Hari Ini

‘Saya Tak Kenal Dia …’ – Zahirah Macwilson Bermasalah Dengan Rita Rudaini?

PELAKON Zahirah Macwilson terkejut apabila namanya dikaitkan dengan aktres Rita Rudaini.

Dituduh mempunyai masalah dengan Rita, Zahirah mengakui dirinya tidak pernah berjumpa atau bersua muka dengan dramatis cantik itu.

“Saya tahu Rita adalah aktres senior dalam industri lakonan tempatan dan sebagai seorang yang baru dalam bidang hiburan, saya menghormatinya …

“Tapi, saya tak kenal dia secara peribadi kerana kami tidak pernah berlakon bersama atau menjayakan mana-mana penggambaran atau sesi fotografi.

“Sejujurnya, saya sendiri rasa terkejut dan tidak mengetahui mana datangnya desas-desus ini,” kata Zahirah.

Bintang drama bersiri Duda Pujaan Dara itu ditemui di Majlis Pengumuman Pemenang Kempen #ThroughTheLens Make Stories Happens AirAsia di Kota Damansara baru-baru ini lapor Astro Gempak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");