Berita Hari Ini

Segerakan Pasang Papan Tanda Amaran di Lombong

PUCHONG: Penduduk berhampiran Taman Putra Perdana, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) segera memasang papan tanda amaran di sebuah lombong di situ.

Mereka bimbang lombong yang meragut enam nyawa anggota bomba dan seorang pemancing minggu lalu, terus dikunjungi orang ramai untuk memancing, sedangkan ia kawasan berbahaya.

Mohd Ghazali Hameed, 53, dari Taman Putra Prima Puchong yang terletak lapan kilometer dari lombong itu, berkata PBT perlu bertindak segera atas apa yang berlaku dengan menjadikan ia sebagai kawasan larangan.

Katanya, ketika ini, mungkin ada berpendapat orang ramai akan lebih peka berikutan tragedi itu.

“Penduduk tidak akan sesekali mendekati kawasan lombong itu selepas mendengar apa yang berlaku.

“Namun, saya khuatir jika ia tidak ditutup, lombong itu akan kembali ‘meriah’ terutama dalam kalangan pemancing, selepas dua atau tiga bulan.

“Mesti ada dalam kalangan mereka akan ambil ringan dengan mengatakan PBT tidak tutup lombong itu, bermakna ia masih selamat untuk memancing,” katanya pada NSTP, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");