Sukan Hari Ini

Skuad Hoki Negara ke Final Olimpik Remaja

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja negara mara ke final temasya Olimpik Remaja 2018 selepas menewaskan Zambia 7-4 di Buenos Aires, Argentina, awal pagi tadi.

Lawan berikutnya buat skuad bawah 18 tahun negara itu bagi memburu pingat emas adalah gergasi Asia, India yang menewaskan tuan rumah, Argentina 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Akhimullah Anuar Esook sekali lagi menjadi wira negara dengan menampilkan persembahan cemerlang apabila mencetak hatrik untuk mengumpul keseluruhan 20 gol setakat ini.

Bintang muda negara itu membuka tirai jaringan seawal 30 saat selepas perlawanan bermula dan menambah koleksi golnya pada minit kelapan sebelum melengkapkan hatrik 30 saat sebelum permainan berakhir.

Turut mencetak nama selaku penjaring gol ialah Firdaus Rosdi (gol kedua dan ketiga), Muhibuddin Moharam (minit ke-11) dan Syarman Mat Tee (m-12).

Zambia sebelum ini menewaskan Australia 6-4 di suku akhir sekali gus menjadi antara kejutan utama di temasya berkenaan.

Di peringkat kumpulan, Malaysia tewas 2-4 kepada Argentina manakala India turut tewas kepada Australia 3-4.

Selepas mengesahkan pungutan pingat, Malaysia kini akan beraksi bermati-matian untuk memenangi pingat emas pada penampilan sulung di Sukan Olimpik Remaja lapor Berita Harian.

Perlawanan final dijadualkan pada jam 2 pagi esok waktu Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");