Berita Hari Ini

Sukar Cekup Jho Low Kerana Musuh Dalam Selimut – Daim

Bekas pengerusi Majlis Penasihat Negara (CEP), Tun Daim Zainuddin sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa ahli perniagaan kontroversi yang menjadi buruan, Jho Low cuba berundingan dengannya.

“Saya tidak tahu peranannya. Saya kata mengapa tidak kamu kembali dan berbincang dengan saya terlebih dahulu.

“Dengan aset itu, beliau kata dirinya boleh bantu kita dapatkan semula aset dan beri kita satu atau dua nama (orang yang terlibat). Saya kata (minta) mereka datang jumpa (dengan) saya,” katanya.

Daim turut mendedahkan bahawa permohonan Low untuk mendapatkan imuniti sebagai pertukaran mengesan aset yang dikaitkan dengan 1MDB juga ditolak.

“Saya beritahu dia ‘tidak boleh’. Kalau mahu bantu, lebih baik pulang terlebih dahulu supaya kita boleh berbincang.

“Dia dakwa dia tidak bersalah, jadi jika kamu tidak bersalah, kamu pulang sini. Mengapa kamu lari? ” kata bekas menteri kewangan itu kepada Channel News Asia.

Mengenai keupayaan Low terus mengelak dirinya daripada pihak berkuasa Malaysia, Daim mendakwa ini masalah itu timbul akibat ‘musuh dalam selimut’ di kalangan penjawat awam serta agensi penguatkuasaan, yang masih menyalurkan maklumat kepada ahli-ahli kerajaan terdahulu.

Sebagai contoh, kata Daim, pada Julai lalu, dia dimaklumkan bahawa Low dan keluarganya berada di sebuah hotel di luar negara, tetapi ahli perniagaan yang menjadi buruan itu berjaya lesap dalam masa sejam.

“Orangnya ada di mana-mana – menggunakan wang pembayar cukai. Dia mampu mendapatkan khidmat peguam terbaik.

“Saya diberitahu dia membelanjakan lebih AS$40 juta untuk yuran guaman sahaja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");