Sukan Hari Ini

Syed Saddiq Buat Lawatan Mengejut Ke AMD, Kesan Banyak Kerosakan

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah melakukan lawatan mengejut ke Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang pada petang Jumaat.

Lawatan tersebut dibuat selepas beliau mendengar banyak komen daripada jurulatih, ibu bapa dan orang awam berhubung keadaan akademi itu yang mengalami banyak kerosakan.

“Saya ke sini untuk melihat sendiri bagaimana sebenarnya keadaan AMD.

“Saya difahamkan dalam masa enam bulan, sudah ada lebih 700 kerosakan dan hanya 83 sahaja yang sudah dibaiki oleh kontraktor utama setakat ini,” katanya menerusi bebenang yang dimuat naik di Twitter pada petang Jumaat.

Tambah Syed Saddiq, kemudahan yang terdapat di AMD tidak diselenggara dengan baik dan kakitangan terpaksa menggunakan peralatan peribadi seperti komputer riba untuk menganalisa video akademi tersebut.

Selain itu, pelajar dan kakitangan AMD juga tidak mempunyai kemudahan ‘wifi’ dan terpaksa mencari isyarat di bahagian tangga bagi mendapatkan sambungan internet.

“Kebetulan semasa saya tiba di AMD, waktu itu hujan. Beberapa siling mengalami kebocoran.

“Di dewan makan pun basah kerana konsep dewannya yang agak terbuka,” kata Ahli Parlimen Muar tersebut.

Menurut menteri itu, kawasan padang sepatutnya boleh digunakan walaupun ketika cuaca hujan, namun tenggelam akibat banjir.

Keadaan padang di AMD.

Tambah mengecewakan apabila bilik yang dikhaskan untuk ruang gimnasium kosong tanpa sebarang peralatan bersenam.

Sebelum ini, portal Malaysiakini melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya berlaku unsur rasuah dan penyelewengan dalam pelaksanaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Syed Saddiq berkata, beliau akan menilai sendiri pelaksanaan program itu sebelum melaporkannya kepada SPRM.

Ia berikutan dipercayai terdapat unsur ketirisan melibatkan kontraktor yang dilantik secara terus dengan kos RM85 juta untuk membangunkan AMD.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");