Membawang Hari Ini

Syura Nyanyi Lagu Bodoh Katanya

KUALA LUMPUR – Penyanyi Syura meluahkan rasa kecewa apabila lagu terbarunya, Ego digelar lagu bodoh oleh segelintir pengguna laman sosial.

Syura, 32, atau nama sebenarnya Zuraidah Badron berkata dia masih boleh terima sebarang kritikan namun bukan dengan menghina hingga menjatuhkan maruah seseorang.

“Selepas terbabit dalam program Master Chef, saya pernah keluar dengan dua lagu. Namun, kedua-duanya gagal meraih perhatian. Ketika itu, mereka kata saya perlu lagu yang lebih segar.

“Sekarang, saya muncul dengan lagu di luar zon selesa, lain pula ceritanya hingga sanggup hina ia lagu bodoh. Ia membuatkan saya berasa sangat kecewa.

“Saya jenis yang suka baca komen. Malah, saya okey saja kalau nak kritik atau tegur, tetapi bukan dengan cara sebegitu. Tak suka tak ada masalah, tetapi jangan hina. Artis bukan badut. Kami pun manusia biasa macam anda juga,” katanya kepada Harian Metro.

Syura berkata, lagu Ego itu adalah percubaan pertamanya dalam bidang penciptaan lagu dan penulisan lirik.

Menurut Syura, dia ingin peminat memberi ruang untuk dirinya memperbaiki kekurangan yang ada supaya boleh menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini.

“Sejujurnya, saya berasa ‘down’ apabila karya sulung ini dihina. Saya baru saja nak mencuba sesuatu yang baru dalam bidang seni. Kalau beginilah sikap orang kita, sampai bila-bila pun susah nak maju.

“Namun, saya anggap ini cabaran baru. Saya juga tidak pernah terfikir untuk menghasilkan lagu sendiri. Apabila mendapat sokongan orang sekeliling dan rakan artis lain, saya beranikan diri,” katanya.

Lagu berentak rancak itu mulai dilancarkan sejak minggu lalu di semua platform digital serentak dengan muzik video lirik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");