Membawang Hari Ini

Tak Ada Sebab Saya Nak Minta Maaf: Aishah

“TAK ada sebab saya nak minta maaf,” jawab penyanyi Aishah ketika diminta permohonan maaf daripada Datuk Seri Vida.

Memetik menerusi laporan mStar Online, Aishah dengan tegas berkata, hadiah berlian itu tetap palsu.

“Barang kemas yang diberikan kepada saya itu adalah berlian palsu dan memang bukan lab diamond bukan mossainite swiss diamond tetapi Swarovski cubic zirconia, jadinya tak ada sebab untuk saya minta maaf.

“Mustahil untuk saya tarik semula kenyataan berlian palsu tu sebab pakar gemologi sendiri telah mengesahkannya,” katanya lapor Sinar Harian.

Aishah menjawab berhubung tuntutan DSV perkara nombor satu, iaitu Aishah perlu memohon maaf berhubung penggunaan perkataan palsu mengenai barang kemas DSV.

Penyanyi Janji Manismu itu juga tidak mahu menarik balik kenyataan berlian palsu yang telah dibuat di media sosial seperti yang dituntut DSV .

Ini kerana bagi Aishah atau Wan Aishah binti Wan Ariffin, hal itu adalah pendirian tegasnya sebagai penggiat seni.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");