Panasnya Hari Ini

Tak rasmi: Anwar menang PRK PD

Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

Setakat 7.30 malam, Anwar telah meraih  24,682  undi.

Malaysiakini menganggarkan peratusan keluar mengundi adalah 60 peratus, yang bererti calon yang mendapat 22,700 undi ke atas akan memenangi PRK itu.

Peratusan keluar mengundi rasmi setakat 4 petang tadi adalah 54 peratus.

PAS setakat berita ini ditulis berada di tempat kedua dengan 6,540 undi, sementara bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di tempat ketiga meraih 3,574 undi.

Selain Mohd Isa, calon bebas lain dijangka hilang deposit.

Ketika ini, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukari Azlan meraih undi paling rendah iaitu 84 undi.

Selebriti Twitter, Stevie Chan, meanwhile pula mendapat 271 undi; Lau Seck Yan, 174; dan Kan Chee Yuen 127.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");