Jenayah

Tiga Lelaki Disambung Reman Kes Samun, Cabul Luar Tabii

JOHOR BAHRU – Tempoh reman tiga suspek disyaki terlibat samun dan cabul luar tabii seorang wanita berusia 33 tahun di bandar raya ini, dilanjutkan empat hari lagi.

Memetik laporan Sinar Online, perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Johor Bahru itu menetapkan reman ke atas ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 25 hingga 27 tahun berakhir pada 18 Oktober ini.

Penahanan itu bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, akhbar tersebut melaporkan ketiga-tiga suspek yang dua daripadanya adalah adik-beradik ditahan dalam serbuan berasingan sekitar Stulang Laut, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, soal siasat awal ke atas dua suspek membawa kepada pengakuan mereka terlibat dalam kes samun, seks luar tabii dan pecah rumah.

Ketiga-tiga suspek berkenaan turut disahkan positif di bawah pengaruh methamphetamine selain turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan dadah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");