Berita Hari Ini

Tol: Tunggu Kewangan Negara Stabil – Baru

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menghapuskan lebuh raya bertol sehingga keadaan kewangan negara kembali stabil dan sihat.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata dasar kerajaan ketika ini amat jelas untuk tidak menghapuskan tol di lebih raya di negara ini.

“Saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa dasar kerajaan jelas dan kita tidak akan menghapuskan tol sehingga keadaan negara ini dipulihkan dan kembali sihat.

“Mengenai soalan sama ada rakyat Malaysia bermimpi (hidup tanpa tol), itu terpulang kepada rakyat tetapi sekali lagi saya jelaskan dasar kerajaan ialah tidak menghapuskan tol sehingga keadaan kewangan negara sihat,” katanya di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai manifesto Pakatan Harapan (PH) yang mahu menghapuskan tol dan adakah rakyat sekadar bermimpi untuk tinggal di negara tanpa tol.

Menjawab soalan Muslimin Yahaya (PH BERSATU-Sungai Besar) mengenai kemajuan projek Lebuh Raya Pantai Barat (WCE), Baru berkata projek bernilai RM6.542 bilion itu dijangka siap pada tahun 2022, dua tahun lewat berbanding jadual asal pada April 2020.

“Kelewatan ini disebabkan beberapa faktor antaranya membabitkan proses mengambil alih tanah manakala tempoh konsesi WCE ialah selama 50 tahun bermula daripada tarikh perjanjian konsesi pada 2 Januari 2013.

“WCE ini akan memiliki 20 plaza tol iaitu enam di laluan utama dan 14 lagi berada di persimpangan bertingkat serta lebuh raya ini sepanjang 313 kilometer dari Banting, Selangor ke Changkat Jering, Perak. Setakat ini, kemajuan WCE berada pada kadar 60 peratus,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");