Perak Hari Ini

UTP Anjur ‘Movie Night’ Bersama Media

IPOH: Seramai lebih daripada 100 pengamal media sekitar Ipoh diberikan peluang menonton filem terbaru ‘Venom’ pada majlis UTP Media Movie Night di GSC Ipoh Parade semalam.

Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof Dr.Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata sesi tersebut dianjurkan khusus untuk meraikan pengamal media dan mengeratkan hubungan antara UTP dan agensi media di negeri ini.

Katanya program itu adalah sebahagian daripada inisiatif UTP untuk mendekati golongan media yang selama ini berusaha keras menyalurkan berita terkini kepada semua pihak.

Seperti saban tahun, pihak UTP pastinya tidak ketinggalan menganjurkan pertandingan bowling yang disertai oleh pengamal media dan sesi tayangan wayang kali ini merupakan julung kalinya diadakan yang telah mendapat respon baik dari pengamal media sendiri.

Tidak ketinggalan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik khusus buat pengamal media Perak.

UTP kini sedang meriah dengan penganjuran pelbagai program bersempena Majlis Konvokesyen ke-18 UTP yang bakal berlangsung pada 18 November ini.

Antara aktiviti menarik bakal berlangsung antaranya ‘fun run’, ‘convoRide’, Soccer Clinic dan macam-macam lagi yang boleh anda sertai bermula 20 Oktober ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");