shadow

PETALING JAYA: Seorang wanita yang dipercayai berada dalam keadaan trauma tekad melarikan diri dari sebuah teksi dan menerpa ke arah sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata, wanita yang dipercayai keturunan Thai itu meluru ke arah kereta peronda ketika berada di persimpangan lampu isyarat di Sri Damansara pada kira-kira pukul 10.15 pagi Khamis.

“Wanita itu meminta bantuan dan polis menghubungi ambulans membawanya ke Hospital Sungai Buloh.

“Bahagian penyiasat D11 (Seksyen Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak) yang bertugas telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi lapor Mstar Online.

Mohd Zani turut memberitahu, keterangan pemandu teksi akan turut diambil.

“Identiti wanita itu belum disahkan,” katanya.

Komen & Pendapat