Perak Hari Ini

Wilayah Persekutuan Rangkul Juara Keseluruhan SOPMA Ke-20

IPOH: Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) ke-20 yang melabuhkan tirainya hari ini menyaksikan kontinjen Wilayah Persekutuan berjaya meraih gelaran juara keseluruhan setelah memungut 7 pingat emas, 11 perak dan 5 gangsa.

Kontijen Sabah yang menduduki tempat kedua dengan pungutan 6 pingat emas, 7 perak dan lapan gangsa berjaya menandingi kontinjen Sarawak yang selesa memungut 6 pingat emas dan perak serta dua gangsa.

Walaupun kontinjen tuan rumah berada pada tangga ke-10 namun kejayaan merangkul dua pingat emas dalam acara futsal katagori lelaki dan wanita adalah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Temasya sukan yang berlangsung selama seminggu itu turut memperlihatkan kontinjen Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan yang dicapai edisi lalu dalam acara bola sepak

Sementara itu, atlet lompat tinggi Terengganu, Nor Shahdan Muhamad dinobatkan sebagai atlet lelaki terbaik dan rakan kontinjennya, Nora Faezah Abdullah pula berjaya meraih anugerah atlet wanita terbaik.

Majlis Penutup SOPMA yang diadakan di Institut Latihan Kementrian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta, di sini, malam tadi disempurnakan Penasihat Kepada Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin serta Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Kamarzaman Harun.

Berucap pada majlis melalui bahasa isyarat yang diterjemahkan wakil pengajur, Kamarzaman berkata, beliau berbangga dengan pencapaian atlet-atlet yang bertanding.

Katanya, sepanjang SOPMA berlangsung, banyak rekod baharu yang berjaya dicatat antaranya menerusi sukan olahraga, bola sepak, acara padang dan badminton.

Pada masjlis tersebut juga, turut diadakan upacara penyerahan bendera SOPMA kepada wakil Johor, selaku tuan rumah pengajuran temasya sukan itu pada edisi yang seterusnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");