Jenayah

Zahid Bakal Dipanggil SPRM Buat Kali Ketiga Rabu Ini

PUTRAJAYA -Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu ini.

Beliau akan menghadirkan diri di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 10 pagi.

Walaupun pegawai SPRM masih belum mengesahkannya, pegawai Umno difahamkan terdapat satu notis yang diserahkan kepada Ahmad Zahid.

Ia bakal menjadi kali ketiga presiden Umno itu dipanggil untuk memberikan keterangan.

Beliau sebelum ini disoal siasat oleh SPRM pada 2 dan 3 Julai lalu di atas dakwaan penggunaan dana sebuah yayasan yang dipengerusikannya.

Satu mesej yang dikatakan dikeluarkan oleh Presiden Pemantau Malaysia Baru dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam tersebar, bagi memaklumkan ahli parti berhubung perkara tersebut, dengan meminta mereka hadir di ibu pejabat SPRM untuk menunjukkan sokongan kepada presiden parti.

Dalam mesej tersebut, Lokman berkata, beliau akan memakai kemeja T oren, warna yang sama dengan pakaian tahanan SPRM lapor Mstar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");