Membawang Hari Ini

Zamani Terkilan Tidak Bertemu Saleem Buat Kali Terakhir

Hari ini industri tanah air bersedih dengan pemergiaan Saleem pagi tadi. Turut terkesan rakan seperjuangan, Zamani yang mendedahkan Allahyarham ada menyebut untuk menyertai program Gegar Vaganza.

“Kami ada berbual dan bergurau untuk masuk Gegar Vaganza beberapa tahun lalu. Saya terkilan tidak dapat bertemu dengan dia dalam keadaan sedar. Saya ada melawatnya selepas kemalangan namun dia tidak boleh bercakap”

“Allahyarham memang senang untuk memberikan kerjasama terutama ketika di studio rakaman. Suaranya memang tiada ganti,” jelas Zamani.

Sementara itu, menurut penyanyi Datuk Hattan, mereka berdua sempat merakamkan lagu namun ia tidak pernah dilancarkan. Tambahnya, dia turut merasa ralat kerana tidak sempat menziarahi Allahyarham

“Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham bulan Disember lalu ketika konsert di Sabah. Saya agak ralat kerana sepatutnya saya dan isteri melawatnya dua minggu lalu namun dibatalkan kerana perlu pulang ke kampung,” kongsi Datuk Hattan.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Saleem dan diharapkan mereka tabah menjalani dugaan ini. Selain keluarga, dilihat rakan selebriti juga turut bersedih dan mengucapkan takziah di laman sosial. (rtky/w)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");