Membawang Hari Ini

Anne Ngasri Selamat Bersalin Anak Kelima

Pelakon yang kini bergiat aktif dalam bidang politik, Datin Anne Ngasri, 34, selamat bersalin anak kelimanya di sebuah hospital di ibu negara pada petang Rabu.

Difahamkan bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 3.22kg itu lahir lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor pada bulan Disember.

Anne atau nama lengkapnya Ngasriah Ngasri, berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya dengan memuat naik foto pertamanya bersama bayi comel itu di samping suami dan anak-anaknya yang lain.

“Allahuakbar dengan izin ALLAH saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg. Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH untuk rezeki yang ke-6 ini.

“Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan Ilahi,” tulis Anne sebagai kapsyen foto tersebut.

Dalam pada itu, Anne turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada para peminat dan pengikut di laman Instagramnya yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buatnya dan keluarga.

“Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin.

“Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family, ” ucap Anne.

Anne mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Mohd Sumali Reduan pada Disember 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sufi Harraz, 5.

Manakala daripada perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, Anne mempunyai tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8 lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");