Perak Hari Ini

Armada Bersatu Perak Minta Siasatan, Gugur Jawatan Exco Jika Benar Dakwaan Usaha Jatuhkan MB Perak

IPOH:Armada Bersatu Perak mendesak kepimpinan Pakatan Harapan Perak untuk menyiasat dakwaan UMNO Perak bahawa terdapat usaha dalam kalangan beberapa EXCO negeri itu untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua Armada Bersatu Perak,Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh menerusi satu kenyataan media berkata sekiranya benar dakwaan tersebut tindakan tegas mesti diambil terhadap pihak terbabit dengan memecat atau digugurkan daripada jawatan EXCO kerajaan negeri serta tindakan disiplin perlu diambil oleh kepimpinan parti.

Malah katanya sekiranya benar tindakan mempermainkan rakan-rakan PH dan berkomplot dengan adun pembangkang adalah satu perbuatan yang tidak boleh dikompromi.

“Armada Bersatu memandang serius berhubung dakwaan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mendakwa terdapat usaha dalam kalangan EXCO kerajaan negeri Perak yang menawarkan sekurang-kurangnya kepada lima ADUN dari parti UMNO dengan pelbagai tawaran untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak,Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Armada Bersatu Perak mendesak kepimpinan Pakatan Harapan Perak untuk menyiasat perkara ini kerana tindakan mempermainkan rakan-rakan PH dengan berkomplot bersama ADUN pembangkang (UMNO) untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

“Rakyat telah memberi mandat serta kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan juga telah perkenan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk mentadbir kerajaan negeri Perak.

Katanya semua pihak patut berhenti daripada menimbulkan perkara-perkara yang tidak berfaedah pada rakyat dengan menghidangkan perbalahan, perpecahan dan adu domba tidak mengira mana-mana parti politik sekalipun sekiranya benar-benar bertanggungjawab untuk memulihkan dan membina semula negeri Perak.

Terdahulu UMNO Perak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam keadaan goyah berikutan terdapat usaha dalam kalangan beberapa EXCO negeri itu untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, mendakwa EXCO berkenaan sudah menghubungi sekurang-kurangnya lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dan ditawarkan dengan pelbagai tawaran supaya membantu usaha mereka dalam menyokong usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");