Jenayah

Bayi Berusia 12 Hari Maut Dilarikan Monyet

AGRA: Seorang bayi lelaki berusia 12 hari maut akibat kecederaan parah setelah dilarikan seekor monyet yang memasuki rumah mangsa di pinggir bandar Agra, Isnin lalu.

Ketika kejadian, Neha sedang menyusukan bayi sulungnya bernama Arush itu di dalam rumah apabila seekor monyet masuk melalui pintu yang terbuka.

“Pintu utama rumah terbuka dan ketika itu isteri saya sedang menyusukan Arush.

“Seekor monyet tiba-tiba masuk dan menerkam serta menggigit kepala anak saya sebelum membawanya lari.

Isteri saya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu,” kata suami Neha bernama Yogesh.

Menurutnya, dia dan beberapa penduduk lain mengejar monyet tersebut sebelum ia meninggalkan Arush di atas bumbung rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba lapor Dailymail dan Sinar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");