Perak Hari Ini

Belanjawan Negeri 2019 Bakal Bantu Industri Seni, Budaya Komuniti

IPOH: Menjelang pembentangan Belanjawan Negeri 2019 yang akan berlangsung minggu hadapan, kerajaan Perak bakal memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu membangunkan industri kesenian dan kebudayaan komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Tan Kar Hing berkata, walaupun kerajaan persekutuan tidak menyebut secara jelas dalam sesi pembentangan Belanjawan Nasional 2019 yang lalu, namun di Perak inisiatif tersebut bakal dinyatakan dan diteruskan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut tentang inisiatif tersebut.

Pada masa sama ujar beliau, pihaknya juga akan mengadaptasi segala perancangan daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri, khususnya yang melibatkan sektor pelancongan.

“Saya baru adakan mesyuarat dan memanggil semua agensi di bawah saya supaya kita menyemak semula implikasi kewangan daripada peruntukan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

“Jika terdapat beberapa inisiatif yang boleh kita adaptasikan di negeri, kita akan buat dan teruskan.

“Contohnya, peruntukan untuk pelancongan kesihatan, peruntukan untuk pemuliharaan hutan di Royal Belum, alam sekitar, kebudayaan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan kerajaan negeri bakal melaksanakan inisiatif penganjuran sebarang jenis acara pada setiap bulan bagi memeriahkan lagi industri pelancongan di Perak, bermula tahun hadapan.

Jelas Kar Hing, pihaknya bakal menyasarkan sekurang-kurangnya satu acara pada setiap bulan dan ia bakal tertumpu di Ipoh dan beberapa daerah lain seluruh negeri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bengkel Pelancongan di GIT Academy, di sini, hari ini.

Semasa berucap pada program berkenaan, Kar Hing berkata beliau mahu menjadikan Perak sebagai ‘negeri festival’ yang terkenal di negara ini.

Katanya lagi, perkara tersebut akan diumumkan dengan lebih lanjut dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");