Berita Hari Ini

Bomba Bantuan Gunung Tahan Akan Ditubuh

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menubuhkan Pasukan Bomba Bantuan di Gunung Tahan dalam masa terdekat ini bagi membantu usaha mencari dan menyelamat di gunung tertinggi di Semenanjung itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pasukan yang terdiri daripada malim gunung itu akan ditempatkan di pintu masuk ke Gunung Tahan iaitu di Merapoh dan Kuala Tahan.

“Mereka akan diberikan elaun dan dilatih dengan asas kebombaan selain pengalaman mereka sebagai malim Gunung Tahan yang amat kita perlukan,” katanya selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Ramah Mesra Ketua Pengarah Bersama Pesara-pesara Bomba Pahang di Ibu Pejabat JBPM Pahang di sini, semalam. Turut hadir ialah Pengarah JBPM Pahang Noor Hisham Mohammad dan Timbalan Pengarah Mohd Sani Harul.

Mohammad Hamdan berkata inisiatif penubuhan pasukan bomba bantuan di Gunung Tahan itu diambil selepas melihat keberkesanan malim gunung yang membantu tugas anggota penyelamat ketika berlaku gempa bumi di Gunung Kinabalu pada tahun 2015.

Beliau berkata malim gunung yang berminat boleh mendaftarkan diri dengan JBPM Pahang dan berharap pasukan bomba bantuan itu diperluaskan pada masa akan datang. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");