Jenayah

‘Boy Tiger’, Isteri Dicari Polis Kes Dera Anak Sampai Mati

SHAH ALAM: Hayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berakhir dalam keadaan tragis apabila meninggal dunia dipercayai akibat didera di sebuah hospital di Ampang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata mangsa pada awalnya dihantar oleh ibu kandung dan bapa tirinya ke hospital kira-kira jam 12 tengah hari kerana didapati tidak sedarkan diri.

Menurutnya, doktor yang memeriksa mangsa di wad kecemasan hospital berkenaan mendapati terdapat beberapa kesan luka dan lebam di muka dan anggota badan.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan pegawai perubatan itu membuat laporan polis berikutan terdapat kesan lebam dan luka pada badan mangsa.

“Bagaimanapun, ibu kandung dan bapa tirinya menghilangkan diri selepas menghantar kanak-kanak itu ke hospital,” katanya pada sidang media selepas program Media Talk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di pejabatnya di sini, hari ini.

Fadzil berkata, polis meminta ibu kandung mangsa iaitu Noraini Samian, 20, dan bapa tirinya, Khairul Izaini Khairuddin, 31, untuk tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lapor NSTP.

“Bapa tiri mangsa turut dikenali dengan panggilan ‘Boy Tiger’ dan kedua-dua mereka menghilangkan diri dengan menunggang motosikal Yamaha 125z selepas menghantar kanak-kanak itu ke hospital.

“Bedah siasat kanak-kanak itu dijalankan hari ini dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");