Perak Hari Ini

Bukan Tak Mahu Tolong Orang Asli- MB Perak

IPOH:Kerajaan Perak sentiasa mengambil berat  terhadap keperluan dan menyalurkan pelbagai bantuan kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun katanya masyarakat minoriti itu perlu menunjukkan kesungguhan dan berusaha sekiranya mahu meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dan selesa.

“Sebagai contoh, jika sesuatu kawasan (penempatan) Orang Asli itu sesuai dijadikan sebagai kawasan pelancongan, mereka mulakan dulu dan apabila ia mendapat sambutan, sudah tentu pihak kerajaan negeri akan memberikan bantuan.

“Saya mahu menjadikan rakyat Perak menjadi orang yang hebat, bukan hendak jadikan orang yang lemah seterusnya negeri ini dipandang rendah oleh orang ramai,” katanya pada sidang media di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal semasa merasmikan program masyarakat bersama pemimpin di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Musuh LZ (Landing Zone) di Tapah dilaporkan berkata budaya meminta minta dalam kalangan masyarakat Orang Asli perlu dihapuskan sekiranya masyarakat itu mahu terus maju.

Kenyataan itu telah mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kenyataan Ahmad Faizal itu sebagai satu penghinaan terhadap masyarakat Orang Asli di negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");