Perak Hari Ini

Dakwaan Jatuhkan MB Perak Sekadar Desas-Desus

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan dakwaan UMNO bahawa wujud gerakan dalam kalangan beberapa ahli exco kerajaan negeri dari Pakatan Harapan (PH) Perak yang ingin menjatuhkannya sebagai satu desas-desus semata.

Tegasnya selama beliau menggalas tugas selaku Menteri Besar mempunyai jalinan hubungan yang baik dan menjalankan tugas serta seperti kebiasaan.

“Saya berpuashati dengan hasil kerja dan prestasi daripada semua 10 exco saya jadi tiada isu saya anggap desas-desus itu ditinggalkan sebagai desas-desus semata.

“Jika ada-apa terpulang pada mereka namun kita hanya fokus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya pada satu sidang media di Persidangan Kedua Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak yang berlangsung hari ini.

Katanya polemik politik perlu dihentikan segera dan sebarang bukti pembongkaran dakwaan itu disifatkan hanya sekadar dakwaan sekiranya situasi itu tidak pernah berlaku hingga kini.

“Kononnya ada seorang exco mahu jatuhkan saya melalui undi tidak percaya selagi ianya tidak terjadi tidak bermakna untuk diulas jadi mengapa saya perlu ulas perkara tidak terjadi.

“Jika ada perjumpaan namun tiada apa berlaku bermakna rancangan itu tidak menjadi,” katanya lagi.

Katanya Majlis Pakatan Harapan masih tidak membincangkan perkara tersebut kerana bukannya menjadi fokus utama yang perlu diberi perhatian.

“Saya nampak semua menjalankan tugas dengan baik, saya tidak percaya ada malah saya sendiri tidak tahu siapa exco tersebut.

“Setiap rakyat diberi hak membuat laporan polis berkaitan apa sahaja jadi saya serah kepada semua untuk menyiasat atau membuat laporan mengenainya terpulang kepada hak masing-masing,” katanya.

Ahmad Faizal turut mengakui sebagai satu keluarga sentiasa membenarkan semua pandangan dan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");