Perak Hari Ini

Dakwaan Jatuhkan MB Perak:Polis Akan Buka Kertas Siasatan

IPOH:Pihak Polis akan membuka kertas siasatan dalam masa terdekat berhubung dakwaan isu pergolakan politik yang berlaku di negeri Perak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihak Polis akan mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan keadaan tersebut tidak menjejaskan keselamatan khususnya di negeri ini.

“Pihak Polis sedia maklum mengenai perkara ini dan bergantung kepada siasatan untuk memanggil mana-mana individu,” katanya kepada media mengulas tindakan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Perak V. Sivakumar yang tampil membuat laporan polis mengenai dakwaan adanya usaha menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau terdahulu ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Perak menyaksikan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid dilantik selaku Pemangku Ketua Polis Perak berkuatkuasa hari ini.

Terdahulu Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah, telah membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi pada 28 November lalu bagi meminta siasatan menyeluruh berhubung isu berkenaan, sekali gus memastikan usaha menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat tidak berulang sekali lagi di Perak

Sebelum ini, Saarani dilaporkan mendakwa beberapa Exco Perak mahu menjatuhkan Ahmad Faizal dan mereka sudah menghubungi sekurang-kurangnya lima Adun Umno dengan pelbagai tawaran supaya membantu usaha mereka dan menyokong usul undi tidak percaya terhadap menteri besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");