Perak Hari Ini

DAP Perak Bakal Membuat Laporan Polis

IPOH- DAP Perak bakal membuat laporan polis, terhadap Bekas Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berhubung dakwaan terdapat gerakan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata dakwaan tersebut hanyalah usaha jahat untuk memporak perandakan negeri yang telah diberikan mandat oleh rakyat pada pilihanraya yang lalu.

“Umno perlu menjadi pembangkang yang konstraktif dan bukan menggunakan taktik kotor semata-mata.

“Berdasarkan kepada syeksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan boleh disabit dengan penjara 20 tahun jika dakwaan ini benar dan jika ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang sahih ini tetap akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan disini hari ini.

Selain itu, Kor Ming turut menempelak tindakan Umno yang cuba ‘memujuk’ ahli-ahli Pakatan Harapan dalam menjayakan agenda mereka yang mahu menggugat kestabilan politik negeri.

“Asmuni Awi turut mengesahkan bahawa Umno telah menghantar wakil mengajak beliau keluar daripada Pakatan Harapan.

“Dikatakan Asmuni telah ditawar jawatan Menteri Besar sekiranya beliau bersama-sama Pas dan wakil rakyat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bergabung dengan Umno,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");