Jenayah

Datuk Didakwa Rogol Cucu Kandung Umur 9 Tahun

KUANTAN: Seorang lelaki berusia 58 tahun mengaku tidak bersalah di mahkamah seysen di sini, hari ini atas dakwaan merogol cucu kandungnya yang berusia 9 tahun, Ogos lalu.

Tertuduh yang berasal dari Bachok, Kelantan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol cucunya di Kampung Padang Jaya, Jaya Gading di sini, kira-kira jam 9 malam.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya, Farahah Mohd Nazari Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan sekurang-kurangnya 10 sebatan jika disabitkan kesalahan lapor Sinar Harian.

Hakim Siti Aminah Ghazali yang tidak membenarkan tertuduh itu diikat jamin turut menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");