Berita Hari Ini

Dunia Beri Tumpuan Kepada Malaysia

PORT MORESBY (Papua New Guinea): Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kelantangan Malaysia menyuarakan aspek kepentingan pendidikan dalam era perubahan ketika ini, mendapat perhatian dunia.

Perdana Menteri berkata, keutamaan terhadap pendidikan dan latihan industri disuarakannya dalam pertemuan bersama 21 pemimpin pada sidang kemuncak tahunan negara Lingkaran Pasifik, di sini.

Campur tangan Dr Mahathir dalam perkara itu mendapat tindak balas yang memberangsangkan.

“Soalan dan maklum balas berhubung kepentingan latihan industri membabitkan teknologi baharu datang dari Amerika Syarikat (AS), Hong Kong dan beberapa negara lain,” katanya.

“Saya bercakap mengenai kepentingan pendidikan dalam teknologi baharu dan industri berasaskan pengetahuan kepada pemimpin ketika sesi berehat di waktu pagi,” katanya pada sidang media sebaik tamat lawatan kerja dua hari di Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-26, di sini, hari ini.

“Ketika makan tengah hari, saya menerima banyak soalan dan menekankan kepentingan latihan industri untuk melatih graduan supaya lebih berkelulusan untuk pekerjaan mereka.

Merujuk kepada latihan pegawai bagi doktor yang baharu berkelayakan, Dr Mahathir berkata graduan perlu menjalani latihan industri di syarikat teknologi baharu, di samping industri lain seperti kejuruteraan dan perakaunan.

“Jika boleh, kita berikan mereka kerja untuk dua tahun. Jika jurutera dengan firma kejuruteraan, akauntan dengan syarikat perakaunan dan doktor tidak boleh diberi kelayakan sehingga tamat latihan pegawai mereka,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan tidak akan memaksa syarikat untuk membayar gaji pelatih.

Beliau turut memberitahu bahawa Malaysia berminat untuk mempelajari teknologi baharu dan industri berasaskan pengetahuan.

Tambah beliau, AS turut memberitahu bahawa pendidikan adalah penting untuk menyiapkan masyarakat dengan ilmu bagi menghadapi revolusi industri keempat.

“Anda perlu memahami teknologi digital, e-dagang dan semua pengetahuan baharu. Sekiranya anda tidak faham, maka, anda akan ketinggalan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir turut memuji Papua New Guinea dan rakyatnya atas kejayaan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak APEC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");