Perak Hari Ini

Exco Bongkar Pernah Ditawar Jawatan MB

IPOH:Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi tampil mendedahkan bahawa pernah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar oleh parti pembangkang UMNO sekiranya bertindak untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

Asmuni menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa kepimpinan Amanah Perak berdiri teguh di belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta mendokong kerajaan yang ada pada hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Amanah Perak berkata demikian bagi mengulas mengenai khabar angin konon wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tegasnya lagi adun-Adun dari parti komponen Pakatan Harapan yang lain turut menyatakan berpendirian sama mengenai dakwaan itu.

“Tidak ada sebarang masalah yang boleh cetuskan pertelingkahan dan kestabilan,” katanya.

Malah katanya, pada 1 November lalu pihak UMNO dikatakan telah menghantar wakil mengajaknya keluar daripada Pakatan Harapan dan menawarkan jawatan sebagai Menteri Besar.

“Sebaliknya saya ingin mendedahkan, Umno pada 1 November lalu telah menghantar wakil mengajak saya keluar daripada Pakatan Harapan dan menawarkan saya jawatan Menteri Besar bagi membentuk kerajaan bersama-sama Pas dan wakil rakyat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya tolak bulat-bulat tawaran yang dibuat oleh individu yang sangat dikenali itu,” katanya.

Individu yang pernah berjawatan tinggi dalam Umno Perak itu telah bertemu dengan saya dengan membawa salam daripada Datuk Shaarani dan menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepada saya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");