Membawang Hari Ini

Ezad Masuk Hospital Lagi

KUALA LUMPUR: Isteri penyanyi Ezad Lazim, Zeana Ramli meminta peminat mendoakan kesihatan suaminya yang sekali lagi dimasukkan ke hospital akibat sakit usus dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).

Zeana yang cemas melihat suami kesakitan, meminta bantuan teman rapat membawa Ezad ke hospital, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Lebih merisaukan, Ezad turut mengalami ‘serangan panik’ berikutan keadaan kesihatannya.

“Memang setiap masa saya menemani Ezad bagi menjaga pemakanannya. Namun, hendak dijadikan cerita, saya sibuk menjaga anak sulung, Puteri Rania Keisha yang dijangkiti Influenza B.

“Keadaan suami bertambah teruk apabila cirit birit dan muntah akibat salah makan.

“Dengan badannya yang lemah, ditambah pula dengan sakit usus, Ezad akhirnya bersetuju kami membawanya ke hospital.

“Sehubungan itu, saya sangat berharap peminat dapat mendoakan agar suami pulih secepat mungkin,” katanya kepada BH Online.

Ralat dengan keadaan suaminya yang terlantar di katil, Zeana mahu kembali mengawal pemakanan Ezad pada masa depan.

“Sebagai penyanyi, antara faktor penting mengapa sakit usus perlu dikawal adalah kelebihan suara daripada perut. Jadi saya tidak mahu memandang remeh soal kesihatan ini,” katanya.

Ezad atau pemilik nama penuh, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 37, mendirikan rumah tangga dengan Nor Azeana Ramli pada 2013.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Puteri Rania Keisha dan Putra Mohammad Darwish.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");