FILEM Paskal terus mencatat kejayaan manis apabila berjaya meraih kutipan RM30 juta sepanjang tempoh tayangannya bermula 27 September lalu.
Sehingga kini Paskal yang juga merupakan naskhah arahan Adrian Teh ini menjadi filem tempatan ketiga yang berjaya mendapat kutipan tertinggi selepas Munafik 2 dan Hantu Kak Limah.
Paskal yang diinspirasikan daripada kisah benar anggota elite Pasukan Khas Laut ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Namron, Taufiq Hanafi, dan Jasmine Suraya Chin dan lain-lain lapor Sinar harian.
Biarpun sudah hampir bulan ditayangakan, filem Paskal masih terus mendapat sambutan hangat di pawagam sehingga hari ini.
Komen & Pendapat