Perak Hari Ini

Fokus Momentum Kemenangan, Kurangkan Politik Dalam PAFA- MB Perak

IPOH:”Saya lihat isu bola sepak Perak seolah-olah permainan politik pula, semua sedia maklum saya tidak berminat untuk terlalu banyak berpolitik tetapi fokus kepada momentum kejayaan pasukan bola sepak negeri,ulas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Katanya pasukan bolasepak Perak tidak perlu terlalu bergantung kepada gerangan presiden, timbalan presiden, pengurus pasukan juga pemainnya sebaliknya perlu memberi fokus kepada kejayaan yang diperolehi kini dan mendatang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengumumkan Negeri Perak terlibat dalam pusingan Asia Champion League yang merupakan satu berita baik namun dalam masa yang sama beliau akan mengadakan perjumpaan dengan barisan exco Pafa mengenai keputusan menolak peletakan jawatan Presidennya, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.

Katanya sesi perbincangan dengan barisan Exco Pafa perlu diadakan bagi membincangkan langkah untuk membawa pasukan Perak mara ke hadapan.

“Kita perlu menanam nilai-nilai baik di kalangan pemain agar dicontohi oleh anak-anak muda yang turut meminati sukan bola sepak.

“Itu fokus kita sesiapa boleh jadi presiden dan timbalan asalkan fokus utama adalah perkara yang kita bawa dalam pasukan nilai-nilai kita mahu bawa malah sukan membina masyarakat perlu dititikberatkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Integriti Negeri Perak anjuran Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) di Hotel Kinta Riverfront hari ini.

Mengulas mengenai keputusan Hasnul, jelasnya Hasnul pastinya cukup matang dalam membuat keputusan terbaik untuk kebaikan bola sepak negeri Perak.

“Perkara ini bukan kerana dia, bukan kerana saya tetapi mengenai bolasepak negeri,saya fikir semua orang termasuk penyokong, barisan exco perlu fokus kepada pasukan dan lebih penting kejayaan seterusnya.

“Jika saya jadi presiden tak semestinya pasukan Perak akan menjadi juara di seluruh Asia kerana banyak orang-orang hebat menjadi presiden akhirnya pasukan menjadi apa-apa jadi terus fokus kerana ini bukan kerana seorang individu tetapi satu pasukan besar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");