Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berharap sambutan perayaan Deepavali esok akan mencerahkan lagi perasaan dan semangat kenegaraan rakyat khususnya dalam era kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan.
Dalam ucapan menerusi video pendek yang dimuat naik di laman Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini, beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut perayaan itu.
“Marilah kita semua bersama-sama menyambut dan meraikan Hari Deepavali dengan penuh meriah bersama keluarga dan kawan-kawan kita…Selamat Hari Deepavali..Happy Deepavali,” katanya dalam video berdurasi 36 saat itu.
– Bernama
Komen & Pendapat