Jenayah

Guru Disiplin Cabul Murid Dijel 10 Tahun, Sebat 18 Rotan

KLANG – Pegang, raba, gongcang kemaluan selain memeluk muridnya itu adalah fakta yang diakui oleh seorang guru terlampau ketika prosiding di Mahkamah Sesyen Klang hari ini.

Akibatnya, Hakim, M Kunasundary menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 18 sebatan terhadap Fadzil Sulaiman selepas membuat pengakuan itu.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga kesembilan, guru disiplin itu mengaku mencabul kehormatan enam murid lelaki berusia 12 tahun di dalam makmal sekolah itu, di sini, antara Januari dan September 2017 lapor Sinar Harian.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama serta Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Fadzil,55, dalam rayuannya memohon meringankan hukuman atas alasan telah insaf dan mempunyai isteri serta lima orang anak yang perlu ditanggung.

Dia yang akan bersara tidak lama lagi bakal hilang kelayakan wang pencen.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berkhidmat di sekolah itu sejak 1998 telah memanggil mangsa masuk ke dalam makmal dan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sesi persekolahan berlangsung.

Selain itu, dia juga mengaku melakukan perbuatan itu sewaktu program kursus pengakap.

Kesemua mangsa mengadu kepada ibu bapa sebelum membuat laporan polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");