Perak Hari Ini

Jabatan Perhutanan Perlu Fikir Langkah Praktikal Beri Permit Masuk Kuala Mu

IPOH:Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) diminta mempelbagaikan pendekatan lebih mudah dan praktikal bagi memudahkan cara untuk orang awam mendapatkan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Katanya tindakan sekatan (semakan) dan arahan menetapkan pengambilan permit masuk hutan untuk ke kawasan perkampungan di Pos Kuala MU di Hutan Simpan Piah dekat Sungai Siput yang tular baru-baru ini perlu diatasi dengan tindakan dan langkah yang bijak.

“Kita yang memasuki HSK tanpa permit adalah satu kesalahan tetapi kerajaan telah bersikap baik selama ini tak ambil tindakan jadi sekarang perkara ini berlaku apabila ada pembalak haram atau ada lesen telah guna jalan kemudahan untuk orang kampung hingga jalan rosak jadi tindakan kerajaan bagi menghalang ianya berlaku,” katanya mengulas mengenai isu sekatan oleh JPNPk baru-baru ini.

Beliau turut mengadakan perbincangn dengan Pengarah JPNPk untuk memikirkan pendekatan lain terutama mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan penduduk kampung terjejas.

“Pihak terbabit mungkin boleh bekerjasama dengan pihak lain bagi mengeluarkan premit dengan kaedah lebih mudah.

“Mungkin kita boleh mengeluarkan premit dikawasan terdekat atau buka permohonan secara atas talian dengan kerjasama masyarakat Orang Asli kawasan itu,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Katanya lagi kaedah baru yang lebih praktikal supaya semua pihak diberikan peluang menikmati keindahan alam semulajadi dimiliki negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");