Sukan Hari Ini

Jangan Banyak Main ‘Video Game’ Dembele

BARCELONA: Luis Suarez berkata, bahawa rakan sepasukan di Barcelona, Ousmane Dembele sepatutnya ‘lebih bertanggungjawab’ selepas dia dilaporkan terlepas latihan kerana terlalu lama bermain permainan video.

Dembele tidak disenaraikan oleh jurulatih, Ernesto Valverde ketika juara Sepanyol kalah mengejut 3-4 di laman sendiri kepada Real Betis.

Memetik laporan Harian Metro, akhbar sukan As melaporkan, skuad Catalan itu bimbang bukan hanya kerana dia mungkin ketagih terhadap permainan video tetapi juga boleh memusnahkan karier di kelab berkenaan.

Dan Suarez yang juga tidak asing dengan masalah disiplin, berkata pemain antarabangsa Perancis berusia 21 itu yang ditandatangani dengan nilai 105 juta euro (RM503.91 juta), perlu mengikut contoh sebahagian rakannnya di Barca.

“Ousmane sedar bola sepak ialah penghormatan buat semua pemain, mungkin dia sepatutnya memberi lebih tumpuan berkaitan beberapa perkara,” kata penyerang Uruguay itu menjelang pertemuan dengan Perancis di Stade de France, esok.

“Ada contoh tahap profesional tinggi di Barca yang boleh dijadikan inspirasi. Dia akan terus belajar, tahap keyakinan tinggi membolehkannya berjaya di Barcelona.”

Suarez turut mencipta kontroversi sepanjang kariernya. Dia digantung kerana menggigit pemain ketika bersama Ajax dan digelar ‘Cannibal’ oleh akhbar Belanda dan Liverpool.

Namun dia lebih terkenal ketika berdepan pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada pertemuan terakhir peringkat kumpulan Uruguay pada Piala Dunia 2014.

Suarez menjatuhkan badan dan Chiellini menunjukkan bekas gigitan, sebelum pemain Itali berkenaan membuat aduan kepada pengadil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");