Panasnya Hari Ini

Jangan salah guna jawatan – Dr Wan Azizah

SIBU: Calon yang memenangi jawatan dalam pemilihan PKR diingatkan supaya tidak menyalahgunakan amanah dan tanggungjawab diberikan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata jawatan itu harus digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan perjuangan diamanahkan ahli yang setia bersama PKR sejak dari awal penubuhannya.

Katanya, jasa dan pengorbanan pihak yang berjuang untuk membawa parti ke tahap ini perlu dihargai mereka yang dipilih mengisi barisan kepemimpinan parti.

“Siapa sangka PKR akan berada pada tahap ini. Calon yang menang diingatkan jangan salah guna jawatan diberikan…. jangan sia-siakan kepercayaan dan sokongan ahli kita.

“Ahli juga perlu memilih mereka yang berjuang untuk parti sejak awal sehingga kita berada di tahap ini,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Rakyat, di sini malam ini sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Pemilihan PKR di Sarawak dijadualkan berlangsung Sabtu ini yang berkemungkinan menjadi penentu kepada jawatan calon Timbalan Presiden parti itu antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, pembangunan di Sarawak akan diteruskan walaupun ditadbir parti yang bukan bersama gagasan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, Sarawak memiliki tanah dan sumber bumi yang banyak dan ia seharusnya digunakan untuk menyuntik pembangunan lebih baik.

“Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik dan air bersih perlu ditambah baik untuk pembangunan.

“Kerajaan Pusat di bawah kepemimpinan PH mahu bersama membawa Sarawak dan Malaysia ke arah masa depan lebih baik,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");