Membawang Hari Ini

Jenazah Zaibo Selamat Dikebumikan

BATU PAHAT: Jenazah pelakon veteran dan pelawak terkenal, Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit di sini, kira-kira jam 9.30 malam ini.

Terdahulu, jenazah Zaibo dibawa ke Masjid Rengit dari kediamannya di Jalan Sekolah Menengah Permata Jaya di Masjid Rengit untuk disembahyangkan oleh kira-kira 200 jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara, rakan artis, peminat dan penduduk sekitar pekan kecil itu selepas solat Isyak.

Jenazah pelakon itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Rengit yang terletak kira-kira satu kilometer dari masjid berkenaan pada jam 9.05 malam tadi untuk dikebumikan berdekatan pusara ibu dan bapa mentuanya.

Zaibo, 62, yang berasal dari Anak Bukit, Kedah, meninggal dunia di rumahnya di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi dan berita sedih itu dikongsi oleh anak tirinya, Muhammad Nur Hafiz Hamdan, 29 dalam laman sosial Facebook (FB) yang mengesahkan Zaibo meninggal dunia akibat kanser esofagus tahap empat yang dikesan sejak September lalu.

Allahyarham dikesan mengidap penyakit kanser esofagus tahap empat pada 27 Ogos lalu dan pernah menjalani rawatan di Hospital Batu Pahat dan Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor bagi menjalani siri ujian dan pemeriksaan, selain dirujuk ke Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

Allahyarham popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom, Spanar Jaya, selain turut berlakon filem Anna & the King.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Siti Hawa Sawal, 52 dan sembilan anak tiri berusia 10 hingga 33 tahun lapor NSTP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");