Perak Hari Ini

Jika Benar Ada Dakwaan, Tindakan Akan Diambil -MB

IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa tindakan akan diambil sekiranya wujud pihak yang terlibat dengan gerakan untuk menjatuhkan beliau.

Bagaimanapun katanya, dakwaan yang menyatakan gerakan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada ke atas beliau masih belum berlaku setakat ini.

Jelasnya lagi, perkara itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa jika ada dakwaan sedemikian kerana beliau percaya kesemua 10 exco seperti satu keluarga bahagia.

“Sekarang saya serta kesemua exco sibuk dengan perbahasan serta mengenai belanjawan berbincang bagaimana cara untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri ini.

“Kami juga masih berkomunikasi dengan baik setiap hari dalam aplikasi whatsapp dan masih bersidang seperti biasa,”katannya

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan Jimmy Couture Trend SDN BHD di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Ahamd Faizal mengulas tentang tindakan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Negeri, V Sivakumar yang telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad berhubung dakwaan yang mengatakan terdapat usaha mahu menjatuhkan beliau.

“Jika pihak Datuk Saarani ada ditawarkan sesuatu dalam bentuk rasuah, mereka perlu membuat laporan berhubung kes berkenaan dan kemukakan bukti kepada pihak polis.

“Malahan, jika ada pihak pembangkang yang ingin melompat parti, kami tak tahu dan kami tidak melakukan apa-apa usaha sedemikian,”katanya.

Tambah Ahmad Faizal, beliau mahu pihak pembangkang fokus kepada ucapan pergulungan dan menegur pihak kerajaan jika ada sebarang kekurangan daripada beanjawan kali ini.

“Jadilah pembangkang yang baik kerana kami berhasrat ingin menjadi kerajaan yang baik,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");