Perak Hari Ini

Jika Benar, Bongkarkan Nama Exco – Hasnul

IPOH- Pemuda Pakatan Harapan (PH) menggesa kepimpinan UMNO untuk membongkarkan identiti Exco yang didakwa ada usaha menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketua Pemuda PH, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menjelaskan bahawa tiada sebarang agenda untuk membuat usul tidak percaya kepada Menteri Besar semasa sidang Dun akan datang.

“Kami dari pemuda PH menegaskan bahawa perkara ini tidak akan berlaku sama sekali, malah kami sendiri sedang fokus bergerak untuk persiapan pembentangan belanjawan 2019.

“Saya percaya kerajaan negeri pada hari ini tetap kukuh kerana telah mendapat sokongan daripada penjawat awam serta seluruh rakyat Perak dan di bawah naungan kerajaan yang sama,”katanya dalam satu sidang media di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu satu kenyataan dibuat oleh Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mendakwa EXCO terbabit sudah menghubungi sekurang-kurangnya lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dan ditawarkan dengan pelbagai tawaran supaya membantu usaha mereka dalam menyokong usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengulas dengan lebih lanjut, Hasnul mahu UMNO hentikan polimik sebegini kerana tujuan meraka hanyalah akan mewujudkan rasa kurang senang terhadap rakyat.

“Menurut bacaan politik saya, setelah mereka berbaik dengan PAS, cubaan membangkitkan isu ini bertujuan untuk melihat sokongan orang Melayu kepada UMNO dan PAS, malahan setiap kali sidang dun isu ini akan berbangkit.

“Jadi lebih baik kita berikan tumpukan kepada agenda sebenar iaitu membantu rakyat di negeri ini,”katanya.

Jelas Hasnul lagi, barangkali UMNO cuma mengalih isu kerana presiden serta beberapa bekas pimpinan mereka sedang dalam pendakwaan SPRM jadi, mereka cuba mengalih isu ini untuk mendapatkan semula kepercayaan ahli-ahli UMNO yang semakin goyah terhadap pimpinan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");