Berita Hari Ini

Kabinet Baru 6 Bulan, Saya Belum Pertimbangkan Rombakan – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau belum mempertimbangkan untuk melakukan rombakan pada Kabinet yang baru berusia enam bulan.

“Saya tidak akan melakukannya (rombakan), tetapi Pakatan Harapan mungkin mahu. Mereka mungkin mahu, mereka mungkin desak. Jadi, saya perlu pertimbangkan.

“Bagaimanapun bagi diri saya, saya belum buat keputusan berkaitan rombakan,” katanya di akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di sini, pada Khamis, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Ditanya ‘siapa’ yang mereka maksudkan itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata : “Mereka adalah parti lain. PKR atau DAP atau AMANAH.”

“Adalah sukar untuk menilai prestasi menteri Kabinet. Saya tidak mahu melakukan pertukaran kerana ia membawa kepada kurang keyakinan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Jemaah Menteri masih baharu dan akan diberi peluang.

“Mereka masih baharu dan kami perlu berbincang dengan mereka. Saya akui bahawa mereka tidak biasa berada dalam kerajaan.

“Mereka lebih biasa dengan keadaan sebagai pembangkang. Jadi, ada antara perkara yang mereka lakukan mencerminkan kedudukan mereka sebagai pembangkang,” katanya.

Ditanya selama mana beliau bersedia memberi mereka masa, Dr Mahathir berkata: “Saya tidak pasti.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");