Perak Hari Ini

Kawasan Riadah ‘Kinta Riverfront’ Kian Sepi

IPOH:Sungai Kinta (Kinta Riverfront) yang pernah diberi  jolokan sebagai I-City Ipoh satu ketika dahulu, kelihatan semakin sudah hilang serinya.

Sekitar kawasan sungai itu sememangnya popular sebagai lokasi bersantai dan beriadah penduduk setempat bagaimanapun, beberapa pengunjung yang ditemui kecewa dengan keadaan kawasan itu yang semakin sunyi dan suram.

Paling ketara dereten pelbagai kedai yang menjual makanan dan barangan juga semakin hari semakin kosong tidak berpenghuni menambahkan lagi kehilangan faktor penarik untuk ke lokasi ini.

Tinjauan Peraktoday ke salah satu tempat pelancongan di bandaraya itu mendapati, banyak lampu yang tidak menyala sekaligus membuatkan suasana di situ tidak lagi menarik.

Manakala di sebelah siang, keadaan kedai yang kosong menambahkan lagi kesuraman hanya kedai menyediakan perkhidmatan basikal sewa yang beroperasi.

Surirumah, Sabariah Bakar berkata, dia terkejut melihat keadaan taman rekreasi itu yang sudah jauh berubah berbanding selepas ia dinaik taraf beberapa tahun lalu.

“Keadaan sudah berubah, saya boleh kata taman rekreasi ini sudah hilang serinya banyak kedai sudah tidak beroperasi keadaan memang tambah suram,” katanya.

Menurut pekerja swasta Mohd Hanif Abdul Malik, keadaan malam di kawasan itu juga semakin kurang meriah dan kebanyakkan keluarga lebih berminat menghabiskan masa di Bulatan Meru Raya.

“Dahulunya kawasan ini seakan-akan i-City, cuma dalam kawasan yang lebih kecil. Pohon-pohon sepanjang Sungai Kinta berhadapan Hotel Kinta Riverfront dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni.

“Kita juga dapat mengunakan perkhidmatan sewa basikal di mana pengunjung boleh menunggang secara solo, berdua ala-ala pasangan romantik dalam drama Korea ataupun bertiga tetapi kawasan ini semakin sunyi,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");