Berita Hari Ini

Kenaikan Harga Petrol Secara Berperingkat Untuk Pengguna Bukan B40

PUTRAJAYA: Kumpulan yang tidak akan menikmati subsidi petrol secara bersasar tidak akan terkesan secara langsung sekiranya harga minyak dunia meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia berikutan kerajaan akan melakukan kenaikan harga petrol secara berperingkat dan perkara itu sudah dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Berperingkat bermaksud akan ada implikasi kepada kewangan kerajaan. Perkara ini saya sudah berbincang dengan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng).

“Contohnya kalau harga minyak itu floating (terapung) pada harga 30 sen (seliter) tetapi kerajaan kata kita naikkan pada harga lima sen (seliter) sahaja, jadi 25 sen itu adalah nilai yang kerajaan akan serap,” katanya selepas majlis Perhimpunan Bulan November 2018 kementerian itu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, terdapat permintaan supaya subsidi petrol secara bersasar diperluaskan kepada kumpulan terendah dalam kelompok isi rumah berpendapatan pertengahan (M40).

Beliau bagaimanapun memaklumkan, kementerian akan memulakan pelaksanaan dasar baharu itu kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40) dahulu.

“Setakat ini, kementerian masih dalam penelitian menyenaraikan kelompok golongan sasaran yang akan menikmati subsidi berkenaan, manakala Kementerian Kewangan pula dalam proses memuktamadkan penyedia perkhidmatan yang layak.

“Pada masa sama satu pasukan khas sudah ditubuhkan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian ini, Badrul Hisham Mohd yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan dasar ini berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, kementerian bercadang untuk melakukan latihan dalam tempoh bermula Disember ini sehingga Mac depan bagi melihat sistem subsidi itu yang hampir selesai dibangunkan ketika ini.

Kerajaan akan melaksanakan pemberian subsidi petrol bersasar kepada pemilik kenderaan dan motosikal daripada golongan B40 melalui mekanisme 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal bermula suku kedua tahun depan.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");