Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Bakal Wujudkan Inisiatif Bantu Usahawan Perak Kembangkan Perniagaan

IPOH: Kerajaan Perak bakal memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu para usahawan di negeri ini untuk mengembangkan lagi bidang perniagaan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi berkata, bantuan dan peluang untuk individu yang mahu menceburi bidang keusahawanan adalah lebih luas berbanding dengan usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan mereka.

Justeru katanya, sebuah tabung keusahawanan negeri bakal diwujudkan bagi membantu mereka, selain daripada inisiatif Skim Pinjaman Mikro Kredit yang bakal dijenamakan semula.

Ujar Asmuni perkara tersebut bakal diperincikan pada sesi pembentangan Belanjawan Negeri 2019 yang bakal berlangsung pada 27 November ini, oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Kita bukan sahaja bakal berikan bantuan kepada usahawan yang baharu malah, untuk usahawan yang hendak mengembangkan perniagaan mereka juga akan turut dibantu.

“Sebelum dirujuk kepada agensi kerajaan lain, sebagai permulaan, kita akan memberikan satu skim kemudahan-kemudahan untuk mereka berhadapan dengan agensi-agensi tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, inisiatif tersebut berkemungkinan akan dikeloakan oleh Yayasan Perak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program pelepasan Konvoi Santai Anak Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut tentang program tersebut, Asmuni berkata, penganjuran konvoi yang disertai 300 orang peserta itu adalah bersempena dengan karnival usahawan Santai Anak Perak yang bakal diadakan pada 28 November ini di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya.

Katanya, program yang bakal berlangsung selama tiga hari itu bakal melibatkan 200 gerai jualan selain ia turut mensasarkan 90,000 orang pengunjung.

“Kerajaan negeri akan menyokong usaha ini kerana ia akan memberikan suatu impak yang besar kepada kegiatan ekonomi mereka.

“Dalam masa sama, ia turut akan memberikan galakan kepada mereka untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti keushawanan mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");