Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Rancang Tubuhkan Jawatankuasa Anti Rasuah

IPOH:Kerajaan Negeri Perak bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa anti rasuah peringkat Negeri Perak untuk membantu membentuk pentadbiran negeri yang lebih berintegriti.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Negeri Perak bakal menjadi negeri pertama yang menubuhkan jawatankuasa seumpamanya dengan pengibatan bersama agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan INTEGRITI.

Katanya penubuhan jawatankuasa itu kelak akan mmbantu pentadbiran negeri menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Integriti Negeri Perak anjuran Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) di Hotel Kinta Riverfront hari ini.

Jelas Faizal lagi jawatankuasa tersebut akan memberikan kerjasama kepada pihak terbabit serta boleh memberi pandangan secara bersama melibatkan pemantauan dan langkah meningktkan integriti.

Sementara itu jelas Faizal pemberian ganjaran kepada kepada individu yang membantu menyalurkan maklumat ketirisan atau salah laku
dalam pengurusan pentadbiran negeri tidak seharusnya mewujudkan budaya kerja yang tidak sihat.

“Saya bimbang kalau kita menyebut mengenai pemberian ganjaran kepada penjawat awam mereka mula mengintai kesalahan orang dan itu adalah tidak betul serta menimbulkan suasana kerja tidak sihat.

“Apabila kita mendapati mendapati rakan sekerja melakukan kesalahan yang boleh merosakkan organisasi serta membinasakan negara kamu boleh mengambil tindakan kerana sayangkan negara kita,” katanya.

Tambahnya penjawat awam perlu diberi kefahaman bahawa tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap perkara-perkara dikhuatiri akan merosakkan organisasi serta membinasakan negara.

Beliau terdahulu semasa ucapan perasmian berkata ganjaran ini adalah tertakluk hanya kepada kes-kes yang dilaporkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Unit Integriti yang juga bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dengan secara yang lebih fokus, terancang, efisien dan optimum.

Mengulas lanjut, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Zainal Azman Abu Seman berkata pemberian ganjaran tersebut masih diperhalusi dan diperincikan mengikut jenis-jenis aduan yang masih belum dimuktamadkan sepenuhnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");